RESTU BUDIANSYAH RIZKI

MEREKA YANG BUKAN SAUDARA SEIMAN DENGANMU ADALAH SAUDARA SEKEMANUSIAAN DENGANMU. "ALI BIN ABI THALIB"

Breaking

Tuesday, April 17, 2018

CERAMAH HABIB ALI ZAINAL ABIDIN

Baca Juga


Majlis Ta’lim Darul Murtadza dibimbing oleh Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid.
Nama penuh dan Nasab beliau:
Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar bin Salim bin Hadi bin Salim Al Hamid bin Sheikh Abu Bakar


Berikut adalah sedikit sebanyak tentang latar belakang beliau:-
1974 – 1992
Beliau dilahirkan pada hari Jumaat, 12 April 1974, selepas solat Jumaat di Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia. Beliau anak ke-2 dari 6 adik-beradik (4 lelaki dan 2 perempuan). Beliau daripada keluarga sederhana yang hidup di sebuah perkampungan yang didiami oleh ramai para ulama’ dan terdapat juga beberapa buah pondok pesantren di situ.
Sewaktu membesar, beliau berguru dengan:
  1. Ustadz Hasan Baharom
  2. Ustadz Soleh Bal As’ad
  3. Ustadz Abdul Hamid
  4. Ustadz Soleh Bin Agil
  5. Ustadz Ahmad Barakwan
  6. Ustadz Husin Bin Abu Bakar
dan ramai lagi para asatizah. Beliau berguru dengan kesemuanya berbagai-bagai kitab dalam bidang agama.
1993 – 1995
Pada usia beliau 21 tahun, dengan restu Ayahanda, Al Habib Abu Bakar bin Salim Al Hamid, dan Bonda, beliau pergi ke Hadhramaut, Yemen untuk meneruskan pengajian. Di Hadhramaut, beliau berguru dengan:
  1. Al Habib Umar bin Hafidz (pemimpin Dar Al Mustafa)
  2. Al Habib Ali Masyhur
  3. Al Habib Salim As Syatiri
  4. Al Habib Hasan As Syatiri
  5. Al Habib Abdullah Bin Syihab
  6. Al Habib Abdul Qadir Jailani Al Masyhur
  7. Al Habib Abdullah bin Syeikh Al Idrus
  8. Syeikh Fadal Ba Fadal
  9. Al Habib Musa Al Kazim As Saqqaf
  10. Syeikh Umar Husain Al Khatib
  11. Syeikh Umar Abu Bakar Al Khatib
  12. Al Habib Ali Abdul Rahman Al Jufri
  13. Habib Umar Bin Hafidz (kanan) bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
Beliau juga adalah antara anak murid Al Habib Umar bin Hafidz yang pertama di Dar Al Mustafa. Bakat semulajadi beliau sebagai seorang pendakwah mula diasah oleh Al Habib Umar bin Hafidz.
1996 – 2001
Selepas pengajian beliau di Hadhramaut, Yemen, beliau pergi ke Mesir pula. Selama 5 tahun di Universiti Al Azhar, beliau terus berguru mendalami ilmu-ilmu agama dengan:
1. Dr. Abdul Badi’ Abu Hashim
2. Dr. Saad Jawish
3. Dr. Ali Jum’ah
4. Dr. Muhammad Jibril
Di sini juga beliau, seiring dengan belajar, telah terus mengasah kemahiran berdakwah beliau dengan mengajar dan mendidik pelajar-pelajar dari pelbagai kaum dan bangsa.
2002- Sekarang
Setelah menerima ijazah (degree) dalam jurusan ‘Islamic Legislation and Law’ dari Universiti Al Azhar, beliau meneruskan kembara ilmunya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Malaysia, dalam jurusan Al Quran dan Sunnah.
Dalam tahun 2004, beliau bernikah dan sejak itu, beliau serta isteri telah dianugerahkan dengan 3 orang puteri.
Alhamdulillah, beliau telah selesai kuliahnya di peringkat Sarjana (Masters).

Majlis Ta’lim Darul Murtadza

Dalam tahun 2004, Al Habib Abdul Qadir Al Jufri, pengasas Darul Murtadza berpindah ke Kota Tinggi, Johor. Oleh kerana itu, Al Habib Abdul Qadir Al Jufri telah memohon Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid untuk mengambil alih.

ketika di Surau al Hidayah AU3, sebelum berpindah ke Masjid Muadz bin Jabal
Alhamdulillah, sejak dari itu, Darul Murtadza telah berkembang dari awalnya sebagai pengajian di rumah Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid dengan jemaah 10 – 20 orang ke, di Surau Al Hidayah (AU3) dan sekarang, di Masjid Muadz Ibn Jabal, Setiawangsa dengan jemaah yang makin bertambah, InsyaAllah.
Jemaah yang hadir di Majlis Ta’lim Darul Murtadza selepas berpindah ke Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, KL
Latarbelakang pendidikan dan pembangunan diri Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid yang dinamik dan menyeluruh, diregukan dengan bakat semulajadi dan kemahiran berdakwah yang telah diasah dan dibentuk oleh guru-guru beliau, menjadikan beliau seorang pendidik dan pendakwah yang bukan sahaja dikenali dengan kehebatan beliau di medan ilmu dan dakwah, tetapi juga sama dikenali kerana akhlak dan adab beliau yang mulia.

Biodata di atas diambil dari sumber : 👉DaarulMurtadza

Bagi pembaca yang ingin mendownload ceramah habib ali zainal abidin dapat mendownloadnya dengan klik di sini
atau pembaca bisa download per file dibawah ini:👇👇👇
1. Tausyiah Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid, di sini
2. Tausyiah Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid, Sifat Orang Yang Bertaqwa,👉 di sini
3. Tausyiah Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid, Ada Harta Jangan Disimpan-simpan,👉 di sini
4. Tausyiah Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid, Allah Tahu Yang Terbaik Buat Kita, 👉di sini
5. Tausyiah Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid, Anti Hadits, 👉di sini
6. Tausyiah Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid, Bersabarlah, Yang Allah Simpan Lebih baik,👉 di sini
7. Tausyiah Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid, Bersyukurlah Rezeki Allah Sudah Ditentukan,👉 di sini
8. Tausyiah Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid, Bibir Boleh Tersenyum, Hati Allah yang tahu,👉 di sini
9.Tausyiah Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid, Cara menghadapi masalah,👉 di sini
10.Tausyiah Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid, Didiklah dengan kelembutan, 👉 di sini
11.Tausyiah Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid, Fakir Miskin Ahli Surga Terbanyak, 👉 di sini





No comments:

Post a Comment